Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.   Adalah dimaklumkan berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor Bil 1/2011 yang telah memutuskan setiap Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengadakan Program Transformasi Usahawan Negeri Selangor di tempat masing-masing mengikut giliran yang ditetapkan.  
                    
3.         Sehubungan dengan itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah menetapkan untuk mengadakan Program Transformasi Usahawan Negeri Selangor pada tarikh seperti berikut :-
                        Tarikh             :  30 Mei  2011 ( Isnin )
                        Masa              :  8.30 pagi – 5.30 petang
                        Tempat           :  Dewan Batu 14, Puchong
                        Bayaran RM 15.00 seorang termasuk makan, minum dan bahan seminar 

4.         Program ini diadakan bertujuan menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat berbilang bangsa dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Memberi bimbingan kepada usahawan supaya mereka menjadi usahawan lebih berkaliber, berketerampilan dan berwibawa dalam menguruskan perniagaan yang diceburi. Dilampirkan aturcara program untuk rujukan tuan selanjutnya.

5.         Sebarang pertanyaan mengenai program tersebut, pihak tuan boleh menghubungi terus Pegawai Penyelaras Program En. Mohd Reyzal bin Mazlan ditalian 03-80263134 / 019-3418935 dan En. Zamir Umbra  03-80264463 / 3257 / 3123 / 012-6577527. Pengesahan senarai nama peserta hendaklah diserahkan kepada urusetia Bahagian R&D, Jabatan Perancangan Korporat.