If you know of anyone who is deserving of this aid, please email to me by this week. Thanks.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sempena sambutan Hari Raya tahun ini, Majlis Perbandaran Subang Jaya akan mengadakan Majlis  Penyampaian Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Pengerusi JKP adalah dipohon untuk mengenalpasti 20 orang penerima bantuan program pembasmian kemiskinan bandar bagi  zon masing-masing. Dalam hal ini,  penerima bantuan adalah individu yang tinggal dalam kawasan zon JKP tuan / puan dan dikategorikan sebagai golongan miskin bandar iaitu berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1500.00 sebulan (fakir miskin, ibu tunggal atau anak yatim).