1.Penutupan pembahagi jalan di Persiaran Perpaduan, pada simpang Jalan USJ11/6 dan Persiaran Perpaduan. Pada persimpangan ini kerap berlaku kemalangan. Di cadangkan
1.Penutupan secara terus
2.Penutupan separuh, dimana kenderaan dari USJ11 tidak dapat belok ke kanan memasuki Persiaran Perpaduan, tetapi kenderaan daripada Persiaran Perpaduan dapat membelok ke kanan memasuki USJ11
3.Pemasangan Lampu Isyarat
4.Lain-lain cadangan yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Infrastuktur.
2.Penutupan pembahagi jalan di Persiaran Tujuan, pada simpang Jalan USJ4/3 dan Persiaran Perpaduan. Pada persimpangan ini kerap berlaku kemalangan apabila kenderaan membelok ke kanan memasuki Persiaran Tujuan daripada Jalan USJ4/3. Di cadangkan
1.Penutupan secara terus
2.Penutupan sementara yang dibuka pada “peak hour”, iaitu waktu ibubapa menghantar dan mengambil anak dari sekolah berhampiran.
3.Lain-lain cadangan yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Infrastuktur.
3.Mohon Perubahan “Timing” Lampu Isyarat persimpangan Persiaran Kewajipan & Persiaran Perpaduan. Perubahan yang dicadangkan adalah supaya tidak membenarkan kenderaan bergerak terus pada Persiaran Kewajipan ke arah Selatan apabila fasa lampu hijau kenderaan dari Persiaran Perpaduan membelok ke kanan ke Persiaran Kewajipan.
4.Mohon cadangan penyelesaian kesesakan bulatan Kewajipan, persimpangan Persiaran Kewajipan & Kesas, dan Persimpangan Persiaran Kewajipan & Persiaran Murni. Cadangan untuk
1.Mengurangkan fasa lampu isyarat di lampu isyarat Kesas dan memberi peruntukan masa yang lebih untuk kenderaan ke arah USJ daripada Subang Jaya pada PM Peak.
2.Memberi keutamaan kepada kenderaan dari arah Persiaran Kewajipan (utara) dan USJ1 dalam peruntukan masa (fasa). Lampu isyarat ini juga perlu selaras dengan lampu isyarat Kesas dalam fasa lampu hijau Persiaran Kewajipan kearah Selatan
3.Cadangan membina kemudahan u-Turn pada Lebuhraya Kesas supaya boleh mengelakkan keperluan untuk belok ke kanan, sepertimana di Lebuhraya LDP.
5.Cadangan meletak kon di Persiaran Kewajipan untuk memudahkan kereta keluar daripada USJ2, sepertimana yang dilaksanakan di USJ3 ke Persiaran Tujuan pada waktu pagi.
6.Memohon Kajian Jabatan Kejuruteraan untuk Cadagan Penyelesaian masalah tempat letak kereta yang tidak mencukupi di kawasan perniagaan USJ 4/6B
7.Cadangan melebarkan Persiaran Kewajipan hadapan Submit USJ arah ke lebuhraya Kesas berhampiran lampu isyarat Kesas, untuk memudahkan kereta belok ke kiri memasuki Kesas dari arah USJ.