Dear all,

MPSJ & I would appreciate your feedback on suggestions for bus routes within MPSJ, as well and to and fro areas in MPSJ. You can email them to me at rajiv@dapsj.com




From: kartina@mpsj.gov.my
Sent: 24 Jul 2012 10:19 AM
To:
Cc:
Subject: CADANGAN LALUAN BARU / LALUAN BERPOTENSI DAN LALUAN SOSIAL BAGI LALUAN PERKHIDMATAN BAS OLEH SURU...
Tuan/Puan,
CADANGAN LALUAN BARU / LALUAN BERPOTENSI DAN LALUAN SOSIAL BAGI LALUAN PERKHIDMATAN BAS OLEH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD) DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)
 Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas adalah berkaitan.
 2.            Adalah dimaklumkan berdasarkan kepada Taklimat Laluan Perkhidmatan Bas Oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Di Kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) BIL.1/2012 yang telah diadakan pada 23 Julai 2012 (Isnin) adalah dirujuk.  Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik pihak tuan/puan dalam memperkasakan lagi sistem laluan perkhidmatan bas di dalam kawasan MPSJ untuk mengemukakan perkara-perkara seperti berikut:
a.            Cadangan Laluan Baru / Laluan Berpotensi
            b.            Laluan Sosial
3.            Sehubungan dengan itu, tuan/puan bolehlah memberikan cadangan dengan kadar segera kepada pihak kami untuk diserahkan kepada pihak SPAD untuk pengemaskinian.  Pihak tuan/puan diminta untuk mengemukakan maklumat berkaitan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat ini ke Jabatan Perancangan Bandar atau dihantar kepada hazman@mpsj.gov.my.  Sebarang pertanyaan boleh dihubungi Siti Kartina Juhari di talian 03-8026 7452 atau Nura'Akmam Adnan di talian 03-8026 7438.
 4.            Walau bagaimanapun untuk makluman pihak tuan/puan  untuk pelan laluan perkhidmatan bas terkini pihak SPAD akan memberikan maklumat tersebut kepada pihak kami dalam masa terdekat untuk rujukan dan tindakan.
 5.            Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
 " MESRA, CEKAP DAN BERINTEGRITI"

(HAZMAN BIN MOHD MAHAYUDIN)
Timbalan Pengarah,
Jabatan Perancangan Bandar.
b/p Yang Dipertua