GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH PETALING, HULU LANGAT DAN KUALA LUMPUR PADA 7, 9 DAN 11 JULAI 2012

by Puspel Syabas on Tuesday, June 26, 2012 at 4:26pm ·
 
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor SYABAS. Berikut merupakan tarikh perlaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:
 
1 . SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-kerja bagi Program Penggantian Injap di Wilayah Petaling (Pakej 8):
a) Penggantian Injap Kupu-kupu 1000MM Diameter dalam kawasan Kontena Nasional
b) Penggantian Injap Sluice 600MM Diameter di susur masuk NPE depan Mentari Court Apartment
c) Penggantian Injap Sluice 600MM Diameter di simpang Jalan PJS 2C Taman Medan
D) Penggantian Injap Kupu-kupu 450MM Diameter di Persimpangan PJS8/9 susur keluar LDP
 
TARIKH/MASA GANGGUAN
7 Julai 2012 (Sabtu), 8 malam hingga 11 pagi keesokan harinya 8 Julai 2012 (Ahad).
 
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT - Wilayah Petaling
Jalan Subang Airport Lama; SS12—SS19 Subang Jaya; kawasan U1 Temasya sehingga Kolam Air Temasya; kawasan Saujana O Lot sehingga Kolam Air Saujana O Lot; Glenmarie Hicom; Glenmarie Court; PJU 1A Lembah Subang; sebahagian SS7 Kelana Jaya; PJS 1—PJS 11; Guiness Anchor, PJS 6; Pusat Haemodialysis Fasa, PJS 2; Pusat Dialisis Rakyat, PJS 3; Hotel Romeo Inn, PJS 7; Hotel Sun Inns, PJS 7; Hotel Sun View, PJS 7; Taylor’s College School Of Hospitality & Tourism, PJS 7; Kompleks Medan Selera, PJS 10; Deluxe Laundry Service Centre, PJS 10; Kampus Kolej Sunway, PJS 11; Ben Fortune Pastry Manufacturing (M) Sdn Bhd, PJS 11; Hotel Sun Inns, PJS 11; Medan Sunway Foodcourt, PJS 11; Monash University Campus Malaysia Sdn Bhd, PJS 11; S&P Food Industries Sdn Bhd, PJS 11; Sunway Lagoon Resort Hotel, PJS 11; Sunway Pyramid Shopping Mall, PJS 11; Sunway Lagon Water Park, PJS 11; Sunway Medical Centre, PJS 11; TT Food Manufacturing Sdn Bhd, PJS 11; Holiday Villa Hotel, SS12; Grand Dorsett Subang Hotel, SS12; Subang Jaya Medical Centre (SJMC), SS12; 3K Sports Complex Majlis Perbandaran Subang Jaya, SS13; Apex Healthcare Berhad, SS13; Auric Pacific Food Processing Sdn Bhd, SS13; Havi Food (M) Sdn Bhd, SS13; Mamee-Double Decker (M) Berhad, SS13; Mac Food Services (M) Sdn Bhd, SS13; Inti College, SS15; Subang Park Hotel Sdn Bhd, SS15; Taylors College Sdn Bhd, SS15; Empire Shopping Gallery, SS16; Carrefour, SS16; Subang Parade, SS16; Jaya Square, SS17; Glenmarie Golf & Country Club; Terminal Sky Park, Subang Airport; Hyatt Saujana Hotel; Sime Darby Medical Centre Ara Damansara; CITTA Mall Complex; Malaysia Airlines Academy; Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur.
 
2. SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-kerja Penggantian Injap Sluice 600MM Diameter di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat
 
TARIKH/MASA GANGGUAN
9 Julai 2012 (Isnin), 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya 10 Julai 2012 (Selasa).
 
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT - Wilayah Hulu Langat
Seksyen 1 – 5, Bandar Baru Bangi; Seksyen 14 — Seksyen 15, Bandar Baru Bangi; Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi, Seksyen 13; Kampung Teras Jernang; Taman Bangi Mutiara, Seksyen 2.
 
3. SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-kerja Penggantian Injap Kupu-kupu 600MM Diameter di Jalan U-Thant Berhadapan Pejabat Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur.
 
TARIKH/MASA GANGGUAN
11 Julai 2012 (Rabu), 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya 12 Julai 2012 (Khamis)
 
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT - Wilayah Kuala Lumpur
Taman U-Thant; Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak sehingga MRR2); Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Yap Kwan Seng sehingga persimpangan Jalan Eaton).
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.</aduan></jarak>
 
Harap maklum.