Sejarah penanaman pokok-pokok kelapa di lokasi sepanjang monsun drain SS14 (Jalan SS14/6M, 14/5J, 14/8 dan 14/7), SS18 (SS18/4G dan 18/5) dan sekitar Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (SS115/1A) adalah pada tahun 1997 ketika Majlis Daerah Petaling lagi. Oleh kerana kerana timbulnya banyak aduan berkaitan buah kelapa yang jatuh ke atas kereta penduduk, pendekatan menanam pokok-pokok Swietenia Mahogany dan Pokok Tanjung ditanam dicelah-celah pokok kelapa tersebut sebagai menggantikan pokok-pokok kelapa tersebut telah diambil (sulaman). Pokok kelapa tersebut akan ditebang apabila Swietenia Mahogany dan Pokok Tanjung cukup matang.
Tahun 2012, pihak Bahagian Landskap telah merancang untuk menebang pokok kelapa tersebut. Kerja penebangan awal yang terlibat adalah disekitar monsun drain yang dijangka dimulakan pada 23/7/12 oleh kontraktor tahunan. Oleh itu, diharap pihak yang terbabit maklum akan keputusan ini.Sekian, terima kasih.
Azlina Mat Salim
Bahagian Landskap
0 comments:
Post a Comment